Friday, March 4, 2011

PELANCARAN DINAR DARUL MAKMUR

PELANCARAN DINAR DARUL MAKMUR

Kuantan - 3 Mac. Satu majlis pelancaran Dinar Pahang telah dilangsungkan. Petanda berkembangnya pengaruh dinar emas telah menaut hati penduduk Negeri Pahang. Majlis yang sederhana tersebut dirasmikan oleh Dato' Setia Pahlawan Tengku Dato Hj Iskandar Abu Bakar bin Tengku Ali. Dato' Setia sempat mengajak peserta majlis malam tersebut menyimpan emas.

Selepas upacara perasmian, penceramah undangan pada malam tersebut Syeikhul Maqari Hj. Othman bin Hamzah panel syara' AGE menyentuh pentingnya umat Islam menukarkan simpanan wang kertas dalam bentuk emas. Beliau menyatakan pentingnya umat Islam menjadi kaya, supaya umat Islam dapat menyempurnakan kelima-lima rukun Islam termasuklah haji dan zakat harta. Sepatutnya umat Islam hendaklah memiliki tangan di atas bukannya tangan dibawah.

Seruan dakwah kepada emas juga adalah jihad ekonomi bagi melemahakan kuasa dolar yang mencengkam ekonomi umat Islam. Di penghujung majlis para peserta dapat melihat pameran dinar emas dan membuat pembelian. Bagi penduduk di Pahang boleh mendapatkan Dinar Darul Makmur pada Dato' Zulkifli b. Ali, Pengurus Dinar Darul Makmur dengan menghubungi no phone: 019-931 9898 @ layari http://dinardarulmakmur.blogspot.com

1 comment: